Sunday, November 11, 2012

MENYIASAT BENDA HIDUP

HAIWAN MELINDUNGI DIRINYA

SKUNK 

 Mengeluarkan bau yang busuk untuk mengelakkan diri dari haiwan yang memburu mereka 
                             Contoh : Pepijat, Skunk dan Lipas,



KALA JENGKING



Menggunakan sengatnya yang beracun apabila diserang
Contohnya: kala jengking, lebah dan ular tedung



KURA-KURA


Haiwan ini akan bersembunyi di dalam cengkerangnya apabila diserang musuh.
Contohnya : Kura-kura dan siput babi



HARIMAU


Haiwan karnivor mempunyai kuku yang tajam untuk memburu dan membunuh haiwan lain. 
Haiwan ini menggunakan kukunya ini untuk melindungi diri dari musuhnya atau apabila diserang.
Contohnya : Harimau dan Singa.


BELALANG DAN ULAT BELUNCAS




Sesetengah haiwan mempunyai keupayaan untuk menukarkan warna badan mengikut warna persekitarannya.
Haiwan-haiwan ini mengelak dari dilihat oleh musuh.
Contohnya : Belalang dan Ulat beluncas


LANDAK



Sesetengah haiwan dilitupi dengan kulit dan duri yang tajam untuk melindungi diri daripada musuhnya.
Contoh :  Landak:Duri yang tajam dan Tenggiling:Kulit yang keras .


TENGGILING 


Haiwan seperti ulat gonggok dan tenggiling menggulungkan badan mereka untuk melindungi diri dari bahaya



Terima kasih Sudi Baca ! (:

3 comments:

  1. Syabas! Perkongsian ilmu yang bagus dan menarik. Terus aktif mengemaskini blog ini agar dapat terus dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tahniah!Maklumat yang ringkas dan padat. Gambar yang dipaparkan juga mampu menarik minat murid untuk berkunjung ke blog ini.

    ReplyDelete